Selasa, 24 Mei 2011

Teknik meningkatkan trafik di blog


Bagaimana nak meningkatkan traffik blog korang dan secara tak langsung meningkatkan juga pendapatan sampingan di internet. Ok, make it simple la ek?

1. Ping URL blog korang at least sehari sekali..

Banyak website yang menyediakan web ping ni, search sahaja Ping di Google. Antara website popular yang selalu gunakan untuk Ping adalah di Pingler dan juga Ping My Blog.
Ping ni bertujuan memberitahu semua jenis search engine supaya cepat hantar tentera spider dia tu ke blog korang. Ini akan membuatkan setiap entri yang korang tulis, tak sampai 10 minit dah ada di Google. Ingat, lakukan sehari sekali atau mungkin setiap kali selepas buat entri baru.

.

2. Submit URL website korang khas untuk Google

Kalau ditanya, search engine apa yang paling top dan paling berkesan sekarang ni, ada lagi tak antara reader di Justkhai ni yang tak kenal Google tu ape? Hehehe. Kalau rasa diri tu kenal, submit URL blog korang khas untuk Google sahaja.

3. Kerap menambah artikel baru (update blog)

Ini sangat penting sebenarnya. Blog yang entrinya di'update sebulan sekali atau dua, kerat jari kalau ada yang popular. Oleh itu, korang kena la rajin update blog tu at least seminggu 2 3 kali. Kalau hari-hari lagi bagus. Nak lagi bagus, buat sebanyak mungkin entry.
Setiap kali korang update blog dan ping, search engine akan menghantar spider mereka untuk di'crawl dan hasilnya kalau hari-hari dah Google buat lawatan rasmi kat blog korang sebab ada entri baru, kerat leher pulak kalau blog korang tak boleh nak ada dalam senarai paling atas dalam search engine.

4. Ikut suara majoriti. Jangan ikut kepala sendiri

Majoriti taknak blog yang bila masuk ada keluar lagu. Majoriti taknak blog yang tulisannya kecil besar dan bewarna warni. Majoriti taknak blog yang font yang sukar untuk di baca. Majoriti tak nak blog yang macam diari persendirian. Jadi terpulang untuk korang ikut suara majoriti atau minoriti.

5. Masuk blog orang lain dan tinggalkan komen

Jangan jadi silent reader jika korang ada blog. Tinggalkan komen dan kalau entri kat blog orang lain tu berkaitan dengan mana-mana entri korang, mungkin korang boleh trackback korang di bahagian link blog mereka. Selalunya komen yang beserta link, akan di'flag sebagai SPAM. Kalau tuan rumah baik hati, dia approve la komen korang tu. So nak elakkan benda-benda macam ni, buang http:// dari trackback yang korang tinggalkan.

6. Rajinkan diri bertukar-tukar link

Selalu dengar orang cakap "jom link exchange" atau "jom tukar2 link" kan? Jadi rajinkan diri untuk bertukar-tukar link dengan owner blog yang baru korang jumpa. Letakkan link mereka di siderbar blog menggunakan fungsi asas yang ada pada WordPress dan Blogspot.

7. Aktifkan RSS blog korang

Masuk Google Feedburner dan gunakan pelbagai kelebihan yang ada di sana.  Jika subscriber korang dah mencecah 400 orang, untuk dapat trafik 400 sehari tu celah jari jer. Percayalah.

8. Tampal link blog kat mana sahaja

Korang ada Myspace, ada Friendster, ada Tagged dan mungkin Facebook kan? Ape lagi, tampal address blog korang kat blog. Sentiasa letakkan URL blog pada status web tersebut. Nak lagi best, rajin-rajin hantar komen ikhlas diikuti dengan link ke blog korang diakhir komen, mesti lagi ramai yang klik. Web-web tu semua popular dan diorang kasi korang promo free je kat situ. Apesal tak ambil kesempatan?

9. Pasang semua Plugin-Plugin wajib

Banyak plugin wajib yang perlu korang pasang kalau guna WordPress. Antaranya Google Analyticator yang memudahkan proses penggunaan Google Analytic. Google Analytic ni sangat penting sebab inilah applikasi yang akan merekod segala data-data berkenaan reader korang. Apa yang dia search sampai termasuk blog korang, apa yang dia cari, dari blog mana dia klik link blog korang dan macam-macam lagi. Pendek kata, buang semua "stat" plugin yang ada kerana Google Analytic dah cukup bagus tiada tandingan.

10. Gunakan Search Assistant pada Search Engine


Contoh screenshot di atas adalah dari Yahoo dan ini pula dari Google. Agaknya apa yang korang faham? Ya, gunakan semua keyword yang dikeluarkan oleh search assistant dalam sesebuah entri kerana dah sah-sah apa yang keluar tu adalah paling panas dan wanted.

11. Sumbat apa sahaja di Tags

Untuk pengguna WordPress, selesai je menulis entri baru, sumbat apa sahaja keyword yang terlintas di kepala dalam bahagian tags. Lebih banyak keyword yang hangat dan bertepatan dengan permintaan ramai, makin tinggi peratus untuk muncul di muka paling depan search engine. Contoh kalau korang menulis pasal Tomok, maka kat dalam tag, sumbat'kan sahaja apa yang berkaitan dengan tomok. Contohnya tomok sengau, tomok lentok, tomok jiwang, tomok new boyz, tomok bangang, tomok bodoh dan apa sahaja yang terlintas dan korang rasa akan di'search oleh orang ramai.


Harap teknik ni membantu mereka yang newbie untuk menarik trafik ke blog at least dijamin dalam masa 3 bulan pasti berkesan. InsyaAllah kerana ape kawan-kawan? Usaha dan tawakal adalah segala-galanya.. Hehehe..

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Tutorial Copyright 2011 ~ Blog Powered by Iblogger Studio - File Hosting by Ziddu.com - Forum Provider by Freeforums.org